Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kereta

Seorang bayi perempuan berusia setahun 5 bulan maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang, petang Isnin. Dalam kejadian, kira-kira pukul 5 petang, mangsa, Aamina Inayah Mohd. Hafezul, mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia selepas setengah jam menerima rawatan di Hospital Gua Musang.