Kapal Equanimity perlu dijaga dengan baik - Tun Dr Mahathir Mohamad

Orang awam tidak dibenarkan memasuki dan melawat kapal Equanimity kerana kerajaan mahu memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kapal mewah luar biasa itu perlu dijaga dengan baik sebelum dijual kepada pembeli berminat.