Kapal karam: Tumpahan minyak terkawal, tidak merebak ke perairan Perak

Beralih ke perkembangan insiden tumpahan minyak diesel disebabkan kapal karam di Selatan Perairan Pulau Pinang. Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara - Kapten Abdul Samad Shaik Osman menegaskan, ianya masih terkawal dan tidak akan merebak ke Perairan Utara Perak. Ini kerana, ,kuantiti tumpahan minyak diesel adalah sedikit dan akan menguap dengan cepat.