Kapal NGPV aset maritim penting jaga perairan negara

Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) buatan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) merupakan antara aset maritim penting dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara. Sebagai aset Tentera Laut di Raja Malaysia (TLDM), NGPV merupakan sebahagian daripada pelan transformasi 15 to 5 TLDM ke arah memperkukuhkan armada TLDM dalam situasi ekonomi kini yang semakin mencabar.