KAPB sedia 200 buah kereta untuk pemandu GRAB

Orang ramai yang mahu menjadi pemandu untuk perkhidmatan perkongsian kenderaan e-hailing seperti Grab yang sebelum ini berdepan dengan masalah kewangan kini tidak perlu lagi bimbang. Ini memandangkan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) bersedia untuk membantu mereka dengan menyediakan kenderaan untuk menjalankan perkhidmatan e-hailing itu. Penasihat KAPB, Datuk Mustafha Abd Razak berkata pihaknya kini menyediakan 200 buah kereta untuk disewa bagi pemandu-pemandu yang berhasrat untuk menjalankan perkhidmatan itu, sama ada yang telah menjadi ahli KAPB mahupun orang awam.