Tutup

Karnival Rasa Sayang beri pendedahan awal kehidupan selepas bersara

Selepas melancarkan aplikasi MyPesara, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Rasa Sayang. Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Komunikasi Koprat KWAP, Nor Faridah Amin, Karnival Rasa Sayang ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan perancangan kehidupan selepas bersara.