Tutup

Kastam Kedah rampas arak bernilai lebih RM1 juta

Membawa masuk minuman keras tetapi mengisytiharkannya sebagai kelengkapan alat penghawa dingin. Bagaimanapun cubaan sindiket itu berjaya dipatahkan Jabatan Kastam diRaja Malaysia Kedah apabila dua kontena sarat berisi minuman keras bernilai lebih satu juta ringgit ditahan di Pelabuhan Utara, Port Klang Selangor, pada jam 10.30 pagi 10 Oktober lalu.