Kawal kencing manis, lindungi buah pinggang

Penghidap diabetes atau kencing manis di negara ini, berisiko untuk mengalami masalah buah pinggang. Akhirnya pesakit berisiko pula untuk terkena serangan jantung dan strok. Itu pendedahan pakar perubatan dalaman di KPJ Specialist Hospital, doktor Nurazam Omar yang menyifatkan, penyakit buah pinggang kronik CKD, bukan lagi penyakit ekslusif untuk golongan tua.