Kawal selia ketat punca Malaysia jadi pilihan utama

Operasi hospital di negara ini perlu mematuhi kawal selia yang ketat bagi menjamin semua fasiliti kesihatan dan perkhidmatan memenuhi standard diperlukan. Malah, di bawah keperluan sistem kawal selia yang sama, hospital swasta di negara ini juga perlu mempunyai lesen untuk beroperasi dan ia perlu diperbaharui setiap dua tahun.