Kawalan sempadan dipertingkat bagi elak kemasukan mercun

Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Sungai Golok akan dipertingkat bagi mengelak kemasukan mercun dan bunga api secara haram menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Ketua Pengarah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pemeriksaan dengan kerjasama agensi kerajaan lain dipertingkat memandangkan permintaan mercun dan bunga api yang tinggi.