KBS atur tiga penerbangan khas ke hanoi bawa Ultras Malaya

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sasarkan tiga penerbangan sewa khas mungkin diaturkan bagi membawa penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam, 15 Disember ini. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang berbincang dengan syarikat penerbangan negara supaya ramai peminat tempatan dapat beri sokongan skuad negara dalam perlawanan berkenaan.