Tutup

KDN rampas komik propaganda di Muzium Kebudayaan Komik Asia

Kementerian Dalam Negeri membuat pemeriksaan di Muzium Kebudayaan Komik Asia di George Town Pulau Pinang pada Khamis. Dalam pemeriksaan kira-kira sejam yang bermula jam 11 pagi, sepasukan pegawai bahagian penguatkuasa KDN telah melakukan pemeriksaan dan merampas 13 Komik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama versi Bahasa Cina.