Tutup

Ke arah negara maju - Peluang golongan muda jadi usahawan lebih terbuka

Langkah kerajaan untuk meletakkan sektor perkhidmatan sebagai tulang belakang ekonomi negara dilihat tepat dalam usaha negara bergerak ke arah status negara maju. Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri D r Mohd Uzir Mahidin berkata mengambil pengalaman seperti negara Belanda yang berorientasikan inovasi dan kreativiti, Malaysia juga boleh menjadi sebuah negara maju . Apatah lagi katanya, capaian internet dalam kalangan golongan muda kini mencecah 90 peratus dan ia memberi peluang kepada golongan tersebut menceburi bidang keusahawanan.