Kebakaran hutan di Terengganu dijangka meningkat

Kes kebakaran hutan di Terengganu dijangka akan terus meningkat ekoran fenomena cuaca panas yang melanda. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman, sembilan hari pertama bulan ini sahaja menyaksikan 65 kes kebakaran terbuka direkodkan, termasuk kebakaran hutan dan belukar.