Kebanyakkan negara turut mengalami peningkatan wabak denggi

Peningkatan wabak denggi di Malaysia merupakan isu global apabila negara-negara seperti Kemboja, China dan Australia turut mengalami nasib yang sama. Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Rose Nani Mudin berkata pemantauan akan terus dilakukan termasuk segmen pencegahan.