Video  | Dunia

Kecoh ramai-ramai tolak pesawat Garuda di lapangan terbang

Pernahkah anda terfikir berapa ramai manusia diperlukan untuk menolak sebuah pesawat komersil? Dengan kejadian yang berlaku di Indonesia ini, anda kini mungkin dapat membuat anggaran kasar. Pada Khamis, tular gambar menunjukkan kira-kira 20 orang sedang menolak sebuah pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Garuda Indonesia di landasan.