Kedah akan buat pinjaman dengan bank antarabangsa

Kerajaan Negeri Kedah kini dalam proses mendapatkan pinjaman mudah kira-kira RM200 juta bagi melaksanakan projek penggantian paip yang selama ini menyebabkan kehilangan air yang dikategorikan sebagai air tidak berhasil (NRW). Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pinjaman daripada bank antarabangsa itu perlu dibuat berikutan kadar NRW yang mencecah 49 peratus.