Kedah optimis bina KXP

Kerajaan Negeri Kedah optimis akan ada maklum balas positif dari Kerajaan Persekutuan berhubung hasratnya untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Keyakinan itu disuarakan walaupun cadangan itu tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Jumaat lalu.