Tutup

Kedudukan ekonomi rakyat wajar dibanggakan

Tiada pihak yang boleh menafikan bahawa kedudukan ekonomi dan tahap sosioekonomi rakyat Malaysia adalah baik dan wajar dibanggakan. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan lawatan-lawatan rasmi dan tidak rasminya, beliau melihat ramai rakyat kini memiliki kualiti kehidupan yang baik, malah boleh disifatkan antara yang terbaik di rantau ini.