Tutup

Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin

Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam parti itu sendiri. Penganalisis Politik, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Amirudin juga akan berhadapan dengan situasi di mana keputusan status jawatannya dibuat Azmin yang berada dalam kem yang sama.