Keganasan rumah tangga meningkat

Jumlah kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur meningkat setiap bulan iaitu sebanyak 30 peratus atau kira-kira 150 kes. Ketua jabatan itu Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata berbanding sebelum ini, hanya ada 10 hingga 20 kes dan semua kes dirujuk ke pusat khidmat bersepadu jabatan bagi tujuan rawatan.