Kehadiran pelajar di S.K Tohoi menurun 50 peratus

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam melaksanakan program bagi menarik minat murid orang asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, agar kembali ke sekolah. JAKOA dalam satu kenyataan berkata, kehadiran pelajar di SK tohoi menurun kepada 50 peratus, berbanding 85 peratus sebelum tragedi yang menimpa pelajar sekolah berkenaan.