Tutup

Kehilangan besar buat Bersatu

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radhi Md Jidin menyifatkan berita kematian Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik satu kejutan dan kehilangan besar buat Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Bersatu. Katanya secara peribadi, beliau menyanjungi Allahyarham yang meninggalkan karier sebagai doktor pakar bius untuk menyertai politik dalam membina negara.