Tutup

Kehilangan Nora Anne: Kawasan carian diperluas, tiada lagi petunjuk

Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin diperluaskan lagi ke kawasan bawah lereng bukit dan sungai. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, kawasan pencarian sebelum ini dibahagian atas resort diulangi semula pagi tadi dan bermula petang hingga malam tumpuan diubah ke bahagian lereng bukit dan sungai. Sehingga hari ini pihaknya masih tidak menerima sebarang petunjuk berhubung kedudukan terkini remaja itu.