Kejatuhan ringgit kerana rakyat takut berbelanja

Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan. Menurut bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.