Kekangan fungsi, semua jawatankuasa pilihan khas dipanggil - Anwar

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus akan memanggil semua pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) minggu hadapan bagi membincangkan fungsi dan kekangan yang dihadapi jawatankuasa-jawatankuasa tersebut. Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima maklum balas daripada beberapa pengerusi jawatankuasa yang berdepan masalah dalam menjalankan fungsi mereka.