Tutup

Kekasih didakwa tanam mayat bayi tepi sawah

Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas didakwa menyembunyikan kelahiran dengan menanam mayat bayinya di tepi sawah di Bukit Rambai, Melaka minggu lalu. Nur Aryssa Khairul Nizam, 21 tahun dan Muhammad Siddiq Amran, 20 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Salleh.