Kekayaan data untuk rapatkan jurang pendapatan

Ketika rakyat menilai peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam memastikan kebebasan media terus subur ketika ini, Menterinya juga mempunyai matlamat yang tidak kurang penting. Merapatkan jurang pendapatan dengan penggunaan data menjadi matlamat YB Gobind Singh. Bagaimana ianya dapat dilakukan, kita dengarkan sedutan temu bual bersama beliau yang akan disiarkan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.