Kelantan belum bebas H5N1

Buletin AWANI dimulakan dengan perkembangan H5N1 di Kelantan. Selepas lebih seminggu tiada jangkitan dilaporkan, satu jangkitan terbaharu dilaporkan di jajahan Bachok. Ini menjadikan jumlah kampung yang terjejas dengan wabak berkenaan meningkat kepada 36 kampung. Ini berbanding 28 kampung sebelum ini. Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muafandi Muhammad.