Tutup

Kelantan dijadikan transit dadah

Sempadan yang luas dan penyeludupan dadah di tengah laut antara kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa dalam menangani penyeludupan masuk dadah ke Kelantan sehingga negeri itu di gelar sebagai negeri transit dadah. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri sedar Kelantan dijadikan negeri transit dadah disebabkan berjiran dengan Thailand.