Kelantan masih menunggu tuntutan royalti petroleum dari kerajaan pusat

Kerajaan PAS Kelantan masih menunggu tuntutan royalti petroleum dari Kerajaan Persekutuan. Sebelum ini kerajaan persekutuan berjanji untuk menyelesaikan pembayaran wang tuntutan itu selewat-lewatnya akhir April lepas namun tidak berbuat demikian selepas proses penarikan saman di mahkamah masih belum selesai.