Kelantan perlukan lapangan terbang antarabangsa - Husam Musa

Kelantan memerlukan satu lapangan terbang bertaraf antarabangsa bagi membolehkan negeri ini maju dan berdaya saing dengan negeri lain. Itu pandangan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat pertumbuhan ekonomi di Kelantan mampu dijana dengan peningkatan kemudahan asas dan jaringan perhubungan yang baik.