Kelantan setuju usaha perkasakan Mahkamah Syariah

Hasrat kerajaan persekutuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah secara menyeluruh disambut baik kerajaan negeri Kelantan. Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahmood berkata usaha itu perlu dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Persendirian, Kanun Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.