Kelantan tidak harap hasil hutan, jika kerajaan pusat bayar royalti

Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan hasil hutan dan aktiviti penebangan balak sekiranya kerajaan pusat membayar tuntutan royalti 5 peratus seperti yang dikemukakan sebelum ini. Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, wang hasil royalti yang diperolehi kelak boleh digantikan dengan hasil hutan yang dijadikan sebahagian perbelanjaan kerajaan berjumlah antara 100 hingga 120 juta setahun.