Keluar dari minda perpecahan dalam isu Ketua Hakim Negara

Rakyat Malaysia digesa tidak terperangkap dalam 'minda perpecahan' yang dimainkan sesetengah pihak dalam isu pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata pelantikan Malanjum, yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak dibuat berdasarkan merit dan kelayakan beliau.