Keluarga Adib mohon Peguam Negara 'diheret' ke mahkamah

Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memfailkan permohonan ex-parte terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital berhubung kes inkuiri anaknya. Peguam mewakil keluarga Adib, Kamaruzaman A. Wahab memaklumkan perkara itu kepada koroner Rofiah Mohammad ketika sesi prosiding inkues berlangsung pada Selasa.