Tutup

Keluarga Nora Anne tawar RM 50,000

Keluarga remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, menawarkan ganjaran RM 50,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya membawa pulang anak mereka. Ibu mangsa, Maebh Jaseprin Quoirin berkata, ganjaran berkenaan sebagai usaha membantu pasukan operasi mencari dan menyelamat mengesan remaja berkenaan. Ujarnya, wang itu disumbangkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Belfast (Ireland) yang enggan didedahkan namanya.