Keluarga rayu bantuan ceriakan Aidilfitri

Kedatangan Syawal dan Ramadan bagaikan tiada erti buat Zarhari Md Noor selepas menghidap penyakit kulit kronik. Lelaki yang berusia 43 tahun yang menderita sejak 20 tahun lalu itu, tidak mampu membuat sebarang kerja berat bagi mencari nafkah berikutan penyakit yang dialaminya bertambah kronik sejak tiga tahun lalu.