Kelucahan melampau warga emas

Polis menahan seorang warga emas berusia 65 tahun yang dipercayai terlibat dalam perbuatan kelucahan melampau ke atas seorang kanak - kanak berusia 12 tahun. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Wan Rukman Wan Hassan, tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa berusia 49 tahun selepas mengesan penularan video lucah berdurasi 3:10 membabitkan anaknya melalui aplikasi "WhatsApp" dan "Facebook".