'Kelumpuhan' pentadbiran AS beri tempias kepada Malaysia

'Kelumpuhan' atau penutupan pentadbiran Amerika Syarikat dijangka mempunyai kesan langsung terhadap rakyat Malaysia sama ada sedang bekerja, belajar atau mempunyai urusan tertentu dengan negara itu. Felo Hubert H Humphrey, Yusmadi Yusoff, berpendapat ia juga akan memberi impak tertentu kepada negara ekoran hubungan rapat dua hala dalam aspek perdagangan, ketenteraan dan sosial.