Kem perhutanan 2019 beri pendedahan awal kepada penggiat hutan muda

Tahukah anda, terdapat sebuah kawasan hutan simpan yang sangat tebal di tengah-tengah kawasan perindustrian Lembah Kelang? Hutan Simpan Ayer Hitam sangat jarang dipromosikan sebagai lokasi untuk orang ramai bersantai dan berekreasi. Ini kerana akses masuk ke hutan simpan ini, hanya terhad kepada pelajar Universiti Putra Malaysia sahaja. Bagaimanapun, baru-baru ini Astro AWANI dijemput untuk masuk ke hutan simpan ini, untuk merasai pengalaman dan menyaksikan sendiri aktiviti akademik dan kajian hutan yang dijalankan.