Tutup

Kemahiran berenang di sekolah pupuk minat pelajar dalam sukan air

Kemahiran berenang perlu diperkenal sebagai sebahagian daripada kegiatan kokorikulum di peringkat sekolah supaya dapat mengelakkan kejadian lemas dalam kalangan kanak-kanak. Di samping itu, menurut jurulatih selam bebas Persatuan Professional Pengajar Penyelam (PADI), Dr Azhar Hussin pengenalan terhadap kemahiran berenang juga dapat memupuk minat pelajar dalam sukan air.