Kemalangan 13 kenderaan di Nilai, 4 cedera

Empat orang dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Jalan Batang Benar di Nilai, petang Rabu. Kejadian kira-kira 5.30 petang itu dipercayai berpunca apabila treler yang datang dari arah Pajam menuju ke Nilai, hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.