Tutup

Kemalangan di Turki: Waris keluarga digesa hubungi pihak berkuasa

Waris keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Turki digesa terus berhubung dengan mangsa dan pihak berkuasa. Ia bagi memudahkan urusan perkongsian maklumat demi memastikan mangsa selamat, kata kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Arhan Syafrisyah Shah Anuar. Jelasnya lagi, pihak kedutaan kini dalam usaha memastikan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu selamat.