Tutup

Kemalangan jambatan Pulau Pinang: Siasatan dijangka siap Isnin depan

Kertas siasatan berhubung kemalangan di jambatan Pulau Pinang yang melibatkan sebuah SUV Mazda dan Toyota Vios Ahad lalu, dijangka siap selewat-lewatnya Isnin depan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya kini hanya menunggu laporan kimia kandungan alkohol dan dadah bagi pemandu Toyota Vios terbabit.