Kemalangan landasan: Dua pengawal udara digantung tugas

Dua Pengawal Trafik Udara (ATC) yang bertugas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang ketika insiden pesawat persendirian melanggar kenderaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah digantung tugas. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penggantungan kerja itu dibuat bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan ke atas kejadian yang menyebabkan kematian seorang juruteknik MAHB, 18 Mac lalu.