Kemampuan BN terhad jika menang di Cameron Highlands

Ketiadaan kuasa di dalam kerajaan pusat membataskan pembangunan di Cameron Highlands seandainya calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu 26 Januari ini. Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun berkata, calon orang asli itu tetap mempunyai peluang menang berdasarkan kelebihan hubungan persaudaraan serta perasaan kekitaan masyarakat itu sendiri.