Kemasukan pelancong ke Royal Belum akan dihadkan

Kerajaan Negeri Perak mengambil keputusan untuk menghadkan jumlah kedatangan pengunjung ke hutan Royal Belum, Gerik dalam sesuatu masa bagi memastikan hutan malar tertua dunia itu terus terpelihara. Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, sekiranya tiada langkah kawalan serius dibuat, dikhuatiri khazanah alam berusia lebih 130 juta tahun itu berisiko untuk terjejas ekoran lambakan pengunjung.