Tutup

Kematian gajah Pygmy: Bantu pihak berkuasa kesan suspek

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kematian seekor gajah Pygmy Borneo baru-baru ini agar tampil ke hadapan membantu siasatan. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mastor Mohd Ariff memaklumkan sehingga kini, suspek belum dapat dikenal pasti.