Kematian Muhammad Firas tiada unsur dera

Hasil bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai didera semalam, mendapati tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal. Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.